Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ni dengan rasminya mengisytiharkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 terlibat dalam satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap telah terkorban.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu pengumuman khas mengenai pesawat MH370 tersebut di stesen Radion dan Televisyen Malaysia (RTM).
"Oleh yang demikian, dengan rasa berat hati dan amat dukacita, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasminya mengisytiharkan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 telah terlibat dalam nahas berdasarkan Piawai Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago, bahawa kesemua 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat MH370 telah dianggap terkorban," katanya.
0 Comments