Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mara ke pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas menewaskan Bengaluru FC 2-1, malam tadi.
Gol kemenangan pasukan tuan rumah hadir menerusi S Chanthuru pada minit ke-97 masa tambahan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin.
Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit permainan kelayakan pusingan pertama untuk mengheret perlawanan itu ke masa tambahan.
JDT mendahului pada minit ke-47 hasil jaringan Hariss Harun tapi Eugeneson Lyngdoh menyamakan kedudukan untuk Bengaluru pada minit ke-89.
Juara bertahan Liga Super itu menewaskan juara Liga India berkenan dan bakal beraksi dalam pusingan kelayakan kedua bertemu juara Piala FA Thailand, Bangkok Glass FC di Stadium Leo Pathum Than, Selasa ini.
Andai menang perlawanan itu nanti, JDT akan berdepan kelab China, Beijing Guoan FC di Beijing pada 17 Febuari dan jika sekali lagi menang, JDT layak ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara Juara 2015.
Ini adalah aksi bergaya kedua JDT di laman sendiri selepas menewaskan Pahang 2-0 dalam perlawanan merebut Piala Sumbangsih 2015 pada 31 Januari lalu.
Sumber: myMetro & Berita Harian
0 Comments