PASUKAN Johor Darul Ta'zim mempamerkan aksi yang sangat mengkagumkan
apabila membenam pasukan Pahang bagi menjuarai perlawanan pembukaan
musim 2015 dan juga Piala Sumbangsih.
Perlawanan yang berlansung
malam tadi di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus Larkin nyata menyebelahi
pasukan JDT apabila menguasai perlawanan sebaik sahaja wisel permulaan
perlawanan ditiup. Asakan bertali arus dengan strategi taktikal yang
memukau penonton nyata memuaskan hati semua pihak.
Corak
permainan pasukan JDT nyata berbeza berbanding aksi terakhir mereka
musim lepas di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang turut berdepan
pasukan Pahang.
Separuh masa pertama tampak JDT menguasai
sepenuhnya perlawanan dengan kadangkala Pahang cuba untuk menyerang kubu
JDT namun sentiasa sahaja dapat dihalang oleh barisan pertahanan yang
terdiri daripada S Kunanlan, Fadhli Shah, Junior Esterdel dan juga
Marcos Antonio.
JDT mendapat gol pertama mereka pada minit yang
ke 35 hasil tandukan pemain pertahanan mereka Marcos Antonio yang
menerima hantaran daripada sepakan sudut yang di ambil oleh ketua
pasukan, Safiq Rahim.
Menyusul separuh masa kedua, Pahang dilihat
bertukar corak permainan mereka yang lebih agresif dan menyerang. Namun
asakan bertali arus Pahang tidak dapat membuahkan gol namun sebaliknya
JDT menambah koleksi gol mereka dengan tandukan cantik daripada Luciano
Figuera yang menerima hantaran cantik sepakan sudut oleh Safiq Rahim.
Keputusan
perlawanan adalah JDT berjaya menumpaskan Pahang dengan jaringan 2-0
dan juga memperoleh 3 mata pertama dalam saingan Liga Super 2015.
Sumber:
formasi.my
0 Comments