Polis wanita kena cium seorang lelaki di Stadium Shah Alam



Shah Alam: Seorang lelaki yang juga penyokong bola sepak ditahan kerana mencium pipi seorang anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) wanita di Stadium Shah Alam. (Gambar di atas hanya hiasan)

Kejadian berlaku kira-kira 9.45 malam, iaitu selepas tamat perlawanan bola sepak Liga Super antara pasukan Selangor dan JDT di stadium terbabit.

Konstabel berusia 31 tahun itu dicium di pipi kanan malah lelaki itu juga cuba mencium pipi rakan mangsa namun berjaya ditolak rakannya itu sebelum suspek melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, suspek berjaya ditahan selepas kejadian dan soal siasat mendapati lelaki terbabit tidak siuman.

"Siasatan mendapati lelaki itu tidak siuman malah ada surat pengesahan doktor yang menyatakannya sakit mental dan berikutan itu dia sudah dibebaskan," katanya.

(mesti anggota polis tu comel kan. Polis sukarelawan kan... )




http://www.hmetro.com.my/node/32395

Post a Comment

0 Comments