Zizan telah memuatnaik sebuah foto yang mempamerkan dirinya bersama kawan baik, Johan disamping kapsyen yang boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.
Kapsyen berbentuk amaran itu berbunyi, “Bila kau tiada bakat..bakat orang jangan sekat.. #JOZAN #JOHAN #ZIZAN”
Perkara ini menimbulkan tanda tanya banyak pihak sedangkan dalam masa yang sama umum mengetahui pertelingkahan antara Zizan dan Fazura yang berlaku dalam Maharaja Lawak Mega.
Namun, tidak lama kemudian, Zizan menukar kapsyen instagramnya dengan:
Salam guys..kenapa kah anda merujuk caption itu pada org lain dan pada seseorg.sedangkan caption itu sekadar rap dan caption sahaja.jangan salah erti.jaga langkah kaki..jangan tuding jari..salahkan diri sendiri.. #JOZAN #JOHAN #ZIZAN
Panas juga penangan Maharaja Lawak Mega kali ini.
Walau apapun, harap-harap semuanya baik-baik sahaja. Tak perlu lah nak panaskan industri hiburan ini dengan isu yang sebegini.
0 Comments