KUALA LUMPUR, 27 JAN 2015: Setelah hampir dua tahun berlalu, konsert eksklusif sempena ulangtahun ke 30 tahun penyanyi ternama, Anuar Zain menceburkan diri dalam dunia nyanyian di negara ini bakal diterbitkan dalam bentuk VCD dan DVD selain daripada CD khas untuk peminat setianya.
Acara pra tonton dan pelancaran album istimewa Anuar Zain Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert berlangsung di sebuah pawagam terkemuka di ibu kota pagi tadi. Pada pelancaran tersebut juga membawakan khabar gembira bagi mereka yang tidak dapat bersama-sama ke konsert yang dijayakan pada 16 Februari 2013 ini.
Konsert yang mencipta sejarah tersendiri di mana lebih kurang 20 buah lagu dan tiket paling mahal dalam sejarah telah habis dijual dalam masa yang sangat singkat. Namun bagi mereka yang tidak berkesempatan menontonnya dua tahun lalu, eksklusif tayangan istimewa dua slot di TGV One Utama pada 15 Februari 2015 ini.
Dijangkakan rencana siri jelajah untuk tayangan bagi rakaman istimewa konsert Anuar Zain Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert ini akan dibawakan ke beberapa buah negeri khas kepada peminat yang berada jauh dari ibu negara.
Adik kepada penyanyi Ziana Zain ini juga berkongsi dengan peminat buku yang diterbitkan khas untuk peminatnya yang merupakan tunjang kejayaan Anuar Zain dalam industri dan ia mengandungi ratusan foto dan imej daripada penyanyi tersebut.
Kepada peminat, jangan lupa untuk mendapatkan album CD/DVD/VCD Anuar Zain Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari Live In Concert yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Sumber: Murai
0 Comments