ADUHAI.. ADIRA TERJATUH SEMASA KONSERT MENTOR LEGEND

Semalam telah berlangsung konsert Mentor Legend battle ketiga diantara Fahmie, Sarah dan Tuah daripada kumpulan A. Setiap peserta memberikan persembahan yang terbaik setiap daripada mereka.

Setiap protege dikehendaki berduet bersama dengan artis undangan pilihan mereka. Protege Mas Idayu iaitu Tuah membuat pilihan menjemput Adira sebagai pasangan duetnya. Namun sejurus tamat persembahan, Adira terjatuh di atas pentas. Insiden dapat disaksikan oleh semua penonton di studio dan juga di kaca televisyen.

Adira dilihat hilang keseimbangan semasa mahu berjalan ke belakang pentas. Kemungkinan adalah disebabkan kasutnya yang agak tinggi menyebabkan Adira tersilap langkah.


Pada konsert Mentor Legend semalam, lagu Ombak Rindu dan Muara Hati didendangkan oleh Tuah dan Adira. Namun pakaian yang dipakai oleh Adira seolah membataskan pergerakannya sehingga jatuh terduduk saat melangkah keluar pentas.

Mujur ada Awal yang membantu mengangkat Adira. Aksi Adira ini turut mendapat perhatian Pak Nil.


Tahniah kepada Sarah dan Fahmie kerana berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Tuah tidak menyebelahi Tuah kerana gagal layak ke peringkat seterusnyadengan dibezakan dengan hanya 2 mata!

Post a Comment

0 Comments