APA YANG MENYEBABKAN FAZURA BENGANG DENGAN ZIZAN?


Tema untuk persaingan terkini Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) pada Jumaat lalu memang mencabar keupayaan para peserta yang terlibat dan boleh kita lihat rata rata mereka seakan gagal untuk mempamerkan kebolehan untuk membawakan tugasan tersebut.

Kumpulan Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Yus dan Tauke juga tidak terkecuali menerima komen daripada Nur Fazura sebagai juri tetap yang menyifatkan persembahan mereka sebagai hambar, terlalu panjang, dan memaksa penonton untuk ketawa.

Reaksi Zizan Razak yang menyampuk percakapan Fazura ketika itu dilihat seakan biadap & menerima reaksi kurang senang daripada para penonton dan peminat. Sedangkan dalam masa yang sama, dua lagi rakannya iaitu Tauke dan Yus hanya berdiam diri dan senyum sahaja.

Tidak berapa lama selepas program MLM 2014 malam itu berakhir, Nur Fazura menerusi akaun Twitter beliau memuat naik status menyelar perbuataan Zizan Razak yang dianggap seperti tidak mampu menerima teguran selepas membuat kesilapan.



Tidak dapat dipastikan di bahagian mana sebenarnya yang zizan menyampuk itu yang menyebabkan Fazura terasa hati. Di sini kita tuliskan beberapa ayat dari Zizan sepanjang Fazura komen kumpulan Virus:

Fazura: Virus..
Zizan: Ye Fazura
Fazura: Teman malam ni adalah karoot komedia.
Zizan: ye...
Fazura: Namun saya rasa cerita anda itu terlalu panjang dan kurang menggunakan abang-abang dikir barat kita malam ni.
Zizan: sebenarnya kita buat filem..
Fazura: Filem ye?.. tu kelakar...

Fazura: berapa bintang yee...?
Zizan: eh.. eh, macam Farah Queen pulak.
Fazura: Untuk saya, saya nak bagi dua bintang
Zizan: Yes!!!!

Post a Comment

0 Comments