Akim Dan Stacy Sedondon Beraya


Biarpun tanpa sebarang kata putus mahupun pengesahan daripada dua-dua pihak, hubungan cinta diantara Akim Ahmad dan juga Stacy dilihat semakin mekar dan mereka terus memberikan pembayang atau hint yang menunjukkan mereka kini bahagia bersama.

Sejak tiga tahun lalu, kemesraan mereka seringkali terlihat secara tidak langsung terutama sekali bila berpakaian mahupun membuat kenyataan antara satu sama lain.

Biarpun pernah diancam gosip yang memainkan isu keagamaan, Aidilfitri baru-baru ini sekali lagi Akim dan Stacy membuatkan peminat mereka terus berharap kedua mereka akan disatukan.

Akim yang sebelum ini ada memberitahu media tentang persiapan Aidilfitrinya sederhana dan banyak diuruskan oleh ibunya. Tema rona baju melayu juga dinyatakan hijau zamrud yang menjadi pilihan ibu dan bapanya.

Walaupun Akim awal-awal lagi memberitahu bahawa Stacy akan menyertai keluarganya berhari raya, namun pilihan baju sedondon seakan melambangkan keserasian mereka dan ia turut disertai anak-anak angkat Stacy.

Gambar yang dikongsikan mereka berdua di Instagram dilihat sangat manis dan terlihat seperti keluarga yang bahagia beraya dengan tema yang sama. Betul tak?


Sumber: Astro Gempak

Post a Comment

0 Comments