Tersebar di banyak media sosial seperti Whatsupp, Telegram, Wechat dan Facebook mengatakan bahawa JAKIM mengharamkan permainan game online COC.
Mesej tersebut berbunyi:
"Buat Pemain Game Online COC, JAKIM telah mengesahkan permainan ini haram kerana di Level 5-7 terdapat gambar Firaun di dalamnya.. Sebab itu game ini melalaikan dan memecahbelahkan manusia sekarang sampai bercerai suami isteri, anak terabai, kawan disisih, solat terlambat, makan tak terurus, tidur terkurang, belajar tidak fokus, kesihatan tidak terjaga dan macam2 lagi.. harap ambil perhatian kawan!! jangan sampai game memainkan kamu, bukan kamu yang memainkan game.."
Permainan ini juga pernah dikatakan 'tidak halal' juga sebelum ini kerana dikatakan terdapat imej khinzir dalam permainan berkenaan. Sebaran ini juga turut mengaitkan nama JAKIM.
Sebaran ini makin menjadi-jadi dikalangan masyarakat dan terdapat ramai yang percaya dan yakin bahawa hukum tersebut dikeluarkan oleh JAKIM.
Masyarakat seharusnya lebih peka dan mengkaji sesuatu sebaran itu dan memastikan ianya benar dan dari sumber yang boleh dipercayai.
Berikut adalah maklum balas daripada pihak JAKIM:
Didapati info mengenai permainan atas talian Clash Of Clan (COC) dengan mengaitkan nama Jakim sedang menjadi viral di media baharu.
Admin Fanpage FB Jakim ingin memaklumkan bahawa JAKIM TIDAK PERNAH MENGELUARKAN sebarang KENYATAAN SECARA RASMI mengenai permainan tersebut.
Maka, jelaslah di sini JAKIM tidak pernah mengatakan mengharamkan permainan COC itu dan semua pihak harus tidak menyebarkan maklumat yang tidak shahih dan juga mengaitkan nama pihak lain.
0 Comments