APAKAH PUNCA ALYAH MELANGGAR KERETA AUDI MILIK RAMLI MS?


Penyanyi Alyah mengakui telah melanggar kereta suaminya, Ramli MS kerana hilang kawalan.

Menurut laporan Harian Metro pada Jumaat, penyanyi itu berbuat demikian kerana gagal mengawal emosi dan kecewa dengan perbuatan suaminya. Apa yang dikecewakan itu hanya Alyah dan Ramli MS yang tahu tetapi ianya lebih kepada masalah peribadi pasangan selebriti berkenaan.

“Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu, mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas . Apa sebab sebenar (kejadian) biarlah hanya kami berdua saja yang tahu,” katanya.

Akibat daripada kejadian itu Alyah terpaksa menangung kos berjumlah RM11, 000 untuk membaiki semula keretanya yang remuk.




“Saya terpaksa keluarkan duit untuk betulkan semula bahagian depan kereta termasuklah lampu yang bernilai ribuan ringgit. Mengenai kereta dia, saya tak pasti sama ada dia sudah baiki ataupun belum. Kena tanya dia sendiri.” ujarnya.






Sebelum ini, Alyah pernah memuat naik gambar suaminya itu bersama seorang gadis yang tidak diketahui status. Sebelum ini Alyah menyatakan yang itu adalah isteri kepada Ramli MS tetapi menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian beberapa hari selepas tersebarnya gambar berkenaan.

Sumber mendakwa tindakan Alyah melanggar kereta suaminya sehingga remuk pada bahagian depan adalah kerana tertekan dengan pelbagai teka-teki dan kekeliruan yang wujud dengan kehadiran wanita tersebut dalam perkahwinannya.

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments