APAKAH PUNCA FACEBOOK DAN INSTAGRAM TERGENDALA SELASA 27 JANUARI 2015

The Lizard Squad, kumpulan penggodam yang mengaku bertanggungjawab menggodam laman web Malaysia Airlines, hari ini mengaku mengakibatkan gangguan meluas kepada platform media sosial terkemuka, Facebook dan Instagram pada hari ini.

Ianya diperolehi melalui satu kenyataan menerusi akaun twitter, "Facebook, Instagram, Tinder, AIM, Hipchat #offline #LizardSquad"

Serangan DDoS besar-besaran itu menyerang pelayan platform itu di Amerika Syarikat yang menyebabkan ribuan pelayan Facebook dan Instagram tersekat.


Perkhidmatan tersebut terganggu selama 40 minit di kalangan pengguna di Asia, Amerika Syarikat dan beberapa wilayah lain.

Pengguna di malaysia masing-masing menjadi tertanya-tanya apabila Facebook tidak dapat di akses sekitar jam 2 petang tadi.


Post a Comment

0 Comments