MENGAPAKAH PERSEMBAHAN ROMANCINTA MOJO DAN CALIPH BUSKERS DALAM AJL MEMUKAU SEMUA PIHAK?


Pertandingan Akhir Juara Lagu yang ke 29 baru-baru ini baru sahaja berakhir. Lagu Apa Khabar dinobatkan sebagai juara lagu untuk edisi yang ke 29 ini.

Namun, di sebalik penganjuran majlis ini, paling mendapat sambutan dan perhatian ramai pihak adalah persembahan daripada kumpulan Mojo yang turut menampilkan kumpulan Caliph Buskers untuk menyanyikan lagi Romancinta.

Mungkin selama ini kita menganggap, lagu ini hanya biasa sahaja dan kita tidak berasa apa pun kelainannya pada lagu ini. Malah apabila mendengar lagu yang sama semasa di peringkat separuh akhir, kita masih berasa ianya lagu biasa dan tiada apa yang istimewa yang perlu diperkatakan.

Namun, persembahan lagu Romancinta untuk akhir AJL29 ini memberikan sebuah kelainan. Kumpulan Mojo yang tidak menampilkan vokalisnya Aweera tampil dengan vokalis bari dikenali dengan nama Azi, penyanyi kumpulan Caliph Buskers.

Siapakah Azmi dan siapakah Caliph Buskers?

Ramai yang tidak tahu. Dan selepas berakhirnya AJL29 ini, semakin ramai yang mengambil tahu.

Caliph Buskers adalah pemuzik jalanan yang sering membuat persembahan menggunakan konsep busking. Mereka sering membuat persembahan di SOGO, KL dan beberapa tempat sekitar KL serta menerima jemputan pihak-pihak yang tertentu.

Yang menjadikan kumpulan Caliph Buskers ini unik adalah kesemua ahli kumpulan mereka adalah dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU). Semua mereka mempunyai masalah penglihatan dan dan mampu melihat dunia ini seperti mana anda yang sedang membaca artikel ini.

Mengapa dan apakah yang menyebabkan persembahan mereka menjadi sebutan banyak pihak?



Orang tidak akan sebut jika persembahan mereka biasa-biasa sahaja. Orang sebut-sebut sebab persembahan mereka lain daripada yang lain dan mempunyai auranya yang tersendiri. Semua penonton dilihat cukup teruja dan terkesima dengan persembahan mereka dan pastinya apa yang mereka berikan adalah yang terbaik dan ianya dibuktikan melalui sokongan padu daripada penonton.

Apa yang boleh dikatakan adalah, penyampaian mereka adalah dari HATI. Mereka menyampaikan lagu ini dengan ikhlas dan pastinya niat yang baik. Ianya menghubungkan antara hati orang yang menyampaikan kepada hati orang yang menanti untuk menerima apa sahaja pemberian orang yang menyampaikan.

Jujur, lontaran vokal penyanyi asal, Aweera lebih padu dan bertenaga, tetapi ianya tidak mampu meresap ke jiwa dan hati pendengar. Berbeza dengan Azmi Caliph Buskers ini, vokalnya memang tidak setanding penyanyi asal, tetapi Azmi dan rakan-rakannya bukan sekadar menyanyi tetapi mereka menyampaikan persembahan dengan sepenuhnya setulus hati termasuk jiwa mereka. Diberikan kepada para pendengar.

Beberapa hari selepas AJL29 ini, kumpulan MOJO, Caliph Buskers dan Romancinta masih lagi disebut-sebut orang. Sehingga tidak keterlaluan jika ada yang mengatakan persembahan Romancinta di final AJL29 merupakan persembahan terbaik di sepanjang penganjuran AJL itu sendiri.



MediaKini.My

Post a Comment

0 Comments