SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN TERKINI MH370 3.30 PETANG INI


Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengadakan satu sidang media petang ini berhubung pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang lebih 10 bulan yang lalu.

Panggilan sidang media itu dimaklumkan kepada media melalui satu e-mel yang dikirimkan pada pagi ini.

"Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dijadual memberikan perkembangan mengenai insiden MH370," tulis e-mel berkenaan.

E-mel itu juga memaklumkan satu taklimat teknikal berhubung misi mencari pesawat yang hilang itu akan diadakan pada petang Jumaat.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 orang rakyat Malaysia.

Post a Comment

0 Comments