Sebelum ni heboh cerita neelofa memuat naik gambarnya mencetuskan kontroversi kerana adiknya berusia 14 tahun membalas komen di akaun instagram dengan bahasa yang agak kasar disebabkan peminat membalas komen negatif terhadap gambar yang di muat naik oleh kakaknya, Neelofa.
Neelofa menjelaskan bahawa adiknya itu masih belum matang dan baru berusia 14 tahun. Di usia itu emosi mengawal minda dan sekiranya dia mengetahui perkara ini bakal menjadi kontroversi sudah semestinya dia tidak akan sesekali memuat naik gambar itu.
“Kalau saya tahu benda ini nak terjadi sudah tentu saya takkan share. Satu gambar sahaja orang beranggapan bermacam-macam spekulasi padahal mereka tidak tahu perkara yang sebenar”
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.
Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.
seorang maulana yang merupakan saudara kepada pak cik datang kepada saya beberapa kali dan menyebut “merabete! merabete!”. Dia menganggap saya seperti anaknya”
0 Comments