Penjualan Arak Di 7-Eleven Melaka Akan Diharamkan


AYER KEROH - Penjualan minuman keras di kedai serbaneka 7-Eleven di kawasan yang majoriti melayu dan beragama Islam akan diharamkan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, keputusan berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat exco semlam, di mana komposisi bangsa sesuatu tempat itu akan di ambil kira, sebelum pengharaman itu dikuatkuasakan.

Sehubungan itu katanya, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menjalankan kajian terperinci bagi mendapatkan maklumat tepat berkaitan komposisi bangsa sesuatu kawasan di mana kedai serbaneka itu beroperasi.

"Sebagai contoh, sekiranya lingkungan jarak di antara dua 7-eleven mempunyai 90% orang melayu, maka penjualan minuman keras di kedai tersebut adalah tidak sesuai.

Bagaimanapun, seperti di Malim, peratusan kaum bukan melayu adalah 90%, kita tidak mempunyai halangan untuk meneruskan penjualan", katanya.



Sumber: Sinar Harian (Dari Melaka / Negeri Sembilan)

Post a Comment

0 Comments