TOLONG HENTI SEBAR CERITA TG NIK AZIZ SOLAT KETIKA PENGSAN HINGGA ADA TOKOK TAMBAH


Tersebar di sana sini cerita tentang TG Nik Aziz yang dikatakan menunjukkan satu keajaiban apabila dikatakan mampu terjaga untuk solat ketika pengsan.



Perkara ini dinafikan oleh Ustaz Mohd Sabri Salleh seperti mana kata-kata beliau:

Bismillah...
Suatu cerita pelik yang tersebar sekarang. Di sini sy ingin perbetulkan sedikit apa yang tengah tersebar meluas di media sosial, yg kononnya ia dicakap oleh sepupu sy us Ahmad Dasuki Abd Rani. Sy yakin kemungkinan besar apa yg dsebarkan ini adalah bukan dari beliau. Sbbnya adalah pelik jika keluarga terdekat membuat cerita yang agak tak masuk akal begini. Sbnrnya TGNA telah pun sedar sblm subuh hari pertama beliau dimasukkan ke wad ICU 2 delima, HUSM. Selepas subuh hari itu beliau telah mampu minum dan order teh o suam. Sy berada di wad sejurus selepas subuh dan lihat sendiri TGNA minum dan order teh o suam. Diharapkan semua pihak agar hentikan sebaran perkara ini kerana bimbang salah faham akan berlaku. Allahua'lam.

Post a Comment

0 Comments