Zamani Slam: Apa Perasaan Anda Jika Berada Di Tempatnya?


Kecoh di laman-laman sosial berita tentang penyebaran video seorang artis yang dikatakan dibuli oleh anggota polis semasa di dalam tahanan. Artis tersebut semua orang sudah sedia maklum adalah Zamani Slam. Sebelum ini sudah tersebar akan berita penahanan Zamani atas kesalahan dadah dan ianya dihangatkan dengan penyebaran video ini.

Ketua Polis Negara memberi keyakinan kepada seluruh masyarakat bahawa kes penyebaran video ini akan disiasat dan pegawai yang terlibat akan di ambil tindakan.


Walau bagaimanapun, video Zamani dipaksa menyanyi sudah tersebut tersebar di sana sini. Merata tempat orang sudah melihat video itu. Walau apapun tindakan yang akan dikenakan, video Zamani itu akan tetap terus berlegar di dunia ini. Tidak ada siapa yang boleh menyekatnya.

Apa perasaan anda jika anda berada di tempat Zamani. Tepat seperti mana yang diucapkan oleh Zamani dalam video berkenaan:

"Terasa diri..amat terhina. Kau lakukan".

Seolah-olah lirik itu sangat tepat dengan situasi yang sedang Zamani lalui ketika itu. Dengan malu dan keterpaksaan, beliau disuruh menyanyi dan dirakam pula. Isunya sekarang, sekadar suruh untuk menyanyi, ia tidak ada masalah. Ia menjadi masalah apabila dirakam. Sudahlah dirakam, disebarkan pula. Pastinya ia mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Zamani, walaupun ditahan, beliau adalah seorang manusia dan punyai maruah. Video yang tersebar itu telah mengaibkan dirinya sedangkan sepatutnya identiti pesalah harus dirahsiakan.

Inilah penangan zaman teknologi yang tiada sekatan lagi.

Post a Comment

0 Comments