Jom Baca Jawapan Fazura Terhadap Peminat Virus Yang Mengkritiknya


Selepas tersingkirnya kumpulan Virus dari persaingan Maharaja Lawak Mega 2014 pada Jumaat lalu, nampaknya ada spekulasi mengatakan salah seorang jurinya iaitu Nur Fazura menjadi punca utama kenapa kumpulan tersebut gagal ke peringkat akhir.

Ini semua kerana teguran Nur Fazura terhadap kumpulan Virus dua minggu lalu yang menganggap tindakan mereka menyampuk komen juri sebagai tidak wajar dan perlu diperbaiki lagi.

Ramai juga peminat-peminat khususnya peminat Virus yang tidak boleh menerima kenyataan kumpulan Virus tersingkir dan mula mencari salah daripada pihak juri.

Namun, satu komen di akaun Instagram menarik perhatian para peminat apabila Fazura sendiri telah menjawab dengan nada sarkastik dakwaan mengatakan beliau punca Zizan Razak, Yus dan Tauke tidak dapat terus bersaing dalam MLM 2014.



Betul tu @juhaidaazilah #MaharajaLawakMega2014 sebenarnya terbitan saya. Juri pun saya seorang, yg beri markah pun saya seorang. Tiada juga undian penonton atau peminat. Dalam pertandingan ini juga tiada kumpulan lain yg bertanding. Virus saja. Awak memang mempunyai daya intelektual yg sangat tinggi. Jangan bimbang, oleh kerana ini program syok sendiri saya, saya nak bagi awak 10 bintang! Yay.. Suka tak?? @juhaidaazilah

Post a Comment

0 Comments