Segala teka-teki dan ramalan siapakah juara #AJL29 pada Ahad lalu telah terjawab, rata-rata penyokong setia rancangan hiburan ini berpuas hati dengan kemenangan yang diraih oleh penyanyi rap SonaOne dan Joe Flizzow dengan lagu Apa Khabar.
Sepanjang hampir 4 jam acara berlangsung, Murai ingin kongsikan kepada anda apa yang berlaku yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar penonton terutama penoton di rumah. Berikut adalah corat-coret yang boleh Murai kongsikan.
1. Dato’ Ramli MS walaupun acara tinggal beberapa jam lagi, kelihatan dia masih belum bersiap di perkarangan pintu masuk VIP hanya berseluar pendek paras lutut dan t-shirt.
2. Penonton seperti biasa sudah berkumpul di perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil seawal jam 5 petang.
3. Sedikit berlaku kekecohan di pintu masuk oleh para penonton dek kerana ada yang segelintir penonton memotong barisan dan tidak beratur namun semuanya terkawal.
4. Sebelum acara dimulakan semua penonton yang hadir diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.
5. Azwan Hj Ali mendapat sorakan yang gemuruh apabila dia melambai-lambai ke arah penonton yang hadir, penangan Azwan masih lagi berbisa.
6. Begitu juga dengan kehadiran penyanyi terunggul negara Dato’ Siti Nurhaliza namanya disebut-sebut dan di sorak dengan begitu kuat umpama perlawanan bola sepak.
7. Persembahan AJL29 penuh dengan gimik mengunakan teknologi moden seperti Hazama mengunakan pancaran lazer di baju kelawang.
8. Begitu juga dengan Alyah mengunakan LCD ketika membuat persembahan seolah-olah dia mempunyai begitu banyak persalinan pakaian.
9. Hiasan tirai(chandelier) ketika persembahan Indah dengan lagu Percayalah tiba-tiba jatuh ketika dia menyanyi membuatkan penonton keliru, adakah ia terancang atau kebetulan? Semasa ‘full dress rehearsal’ tak pula jatuh hiasan tirai itu.
10. Persembahan Mojo dan Dayang Nurfaizah yang mendapat tepukan gemuruh yang amat kuat serta ‘standing ovation’ oleh para penonton di dewan yang berpuas hati dan kagum dengan persembahan mereka berbanding finalis lain.
11. Persembahan selingan semasa ‘commercial break’ kali ini kurang menarik dan kurang jenakanya kerana slot itu diisi dengan lawak berkaitan dengan produk penaja AJL29.
12. Jaafar Onn turut mendapat sorakan yang kuat oleh penonton gara-gara dia bangun dari tempat duduk untuk keluar berehat semasa ‘commercial break’. Mungkin dah lama tak nampak tak kelibat Jaafar di acara-acara berprestij.
13. Majoriti para finalis memilih rona pakaian berwarna putih untuk membuat persembahan antaranya Hazama, Indah, Alyah, Dayang Nurfaizah, dan Hafiz.
14. Ketika persembahan Stacy satu-satunya finalis AJL29 yang tidak mengunakan iringan okestra Dato’ Ramli MS.
15. Tirai ketika persembahan Zainal Abidin dan Headwind tidak dapat diturunkan sepenuhnya disebabkan kesilapan teknikal.
Sumber: http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/640449/corat-coret-ajl29-penuh-dengan-gimik
0 Comments