TUAN GURU NIK AZIZ DIMASUKKAN ICU: SEMOGA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK


Petang ini kira-kira jam 4 petang tadi (20 Januari 2015), anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh bin Nik Aziz melaporkan yang ayahandanya Tuan Guru nik Aziz kini dimasukkan ke wad ICU di Hospital USM.

Berikut adalah petikan daripada status facebook milik Nik Abduh:

Perkembangan Kesihatan Ayahanda:
Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini.
Saya insya Allah akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.
Doakan semoga ayahanda kembali sihat.
Terima kasih.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
29 Rabiul Awwal 1436 / 20 Januari 2015




Nik Abduh sebelum ini (19 Januari 2015) turut melaporkan kesihatan ayahandanya yang agak menurun selepas banjir baru-baru ini. Beliau menulis di akaun facebooknya:


Status Kesihatan Ayahanda:
Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda telah tidak turun solat di masjid kerana keletihan. Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. Apa pun baik insya Allah.
Pihak keluarga memohon maaf kerana atas kehendak ayahanda, beliau memilih tidak diziarahi untuk tempoh ini. Mahu rehat secukupnya.
Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.
Terima Kasih.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Anakanda.
28 Rabiul Awwal 1436/19/1/2015



Seluruh masyarakat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

Post a Comment

0 Comments