LAWAK TENTANG DAYANG HITAM ZIZAN DIANGGAP KETERLALUAN!


Tindakan Zizan Razak yang mengaitkan nama Dayang Nurfaizah sebagai dayang yang hitam manis dilihat agak keterlaluan dan tidak disenangi peminat. Malah lawak yang diberikan oleh Zizan Razak di anggap keterlaluan kerana tidak menjaga sensiviti hati orang lain.

Pada mulanya Zizan menyebut dayang-dayang istana (awak-awak Dikir Barat) itu ditangkap semasa mereka masuk secara haram ke negara mereka. Kemudian Zizan bertanya kepada Yus, "adakah tuanku ada minat yang mana-mana"?

Yus menjawab: "Ada juga tetapi ini hitam legam ni", kemudian di sambut dengan Zizan "itu bukan hitam legam tuanku, itu hitam manis".

Zizan mengucapkan dialog yang agak kurang sensitif dengan mengatakan "tinggal dayang itu sahajalah tuanku, Dayang Nurfaizah", yang kemudian disambut oleh Yus dengan kata-kata "hitam manis".

Sambil itu, Zizan dilihat telah memuat naik satu ucapan maaf di akaun Instagramnya:


Berikut kata-kata Zizan:

“Saya hendak memohon maaf dengan seikhlas-ikhlasnya atas kata kata saya yang mungkin telah menyinggung perasaan sesiapa saja yang menyaksikan saya di pentas MLM minggu lepas.Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas dari saya,”

Walau apapun, semoga para artis lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa sahaja kenyataan lepas ini terutama di dalam persembahan siaran lansung seperti Maharaja Lawak Mega itu. Jika terlanjur kata dalam proses rakaman, boleh edit lagi, tetapi jika siaran live, nak tarik balik pun, lukanya tetap kan berbekas.

Post a Comment

0 Comments