Yana Samsudin dan bakal suami sibuk edar kad kahwin


KUALA LUMPUR, 5 FEB 2015: Tinggal kurang 2 minggu lagi pelakon Yana Samsudin dan pasangan, Fadzil Zahari akan berkahwin, tahniah diucapkan!

Meskipun sudah kira kesuntukan masa sebelum mereka diikat dengan ikatan yang sah pasa 13 Februari  ini, mereka kini nampaknya sibuk benar mengedarkan kad kahwin secara besar-besaran.

Khabarnya, Yana kini sedang sibuk edarkan kad kahwinnya pada rakan kenalan artis dan tak lupa juga kepada ibu bapa angkatnya yang pernah membantu menaikana namanya dalam industri ini iaitu David Teo dan isteri.

Baguslah begitu, maknanya Yana ni bukanlah jenis kacang lupakan kulit kan?

Apa-apa pun didoakan agar perkahwinan pasangan  ini yang akan berlangsung di Yong Peng, Johor iaitu kampung halaman Yana nanti berjalan lancar seperti yang dirancang.

Harapnya perkahwinan  yang akan dibina itu akan diberkati dan berkekalan hingga ke jannah.


Sumber: Murai

Post a Comment

0 Comments