TAHUKAH ANDA 5 MAKHLUK YANG DILAHIRKAN TANPA IBU?


Kita sering sahaja mendengar soalan siapakah yang lahir tanpa mempunyai bapa? Malah jika ditanya secara rawak, siapakah yang lahir tanpa bapa, kita semua akan menjawab Nabi Isa A.S.

Ya, Nabi Isa merupakan makhluk Allah yang diciptakan seperti manusia biasa tetapi tidak mempunyai bapa. Dan ibunya Maryam bukanlah perempuan yang jahat yang melakukan perbuatan yang noda, tetapi beliau terpelihara oleh Allah di setiap hidupnya. Hinggakan saat beliau melahirkan Isa, bantuan Allah tetap mengiringi dengan hadiah tamar yang kita semua sedia maklum.

Namun, tahukah anda, terdapat juga makhluk yang Allah ciptakan di dunia ini tanpa mempunyai ibu?

Nah bagaimana ya makhluk itu lahir tanpa proses kelahiran seorang ibu? Pasti agak pelik bunyinya. Mari kita lihat siapakah 5 makluk itu:

1 . Nabi Adam : 
Diciptakan oleh Allah daripada tanah yang berwarna  putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Nabi Adam tidak mempunyai bapa dan ibu. Nabi Adam tercipta begitu sahaja tanpa proses kelahiran dari seorang ibu. Begitulah kebesaran Allah yang berkuasa berbuat sesuatu.

2. Siti Hawa : 
Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika berada di dalam Syurga. Diriwayatkan, ketika Nabi Adam tidur, Allah telah menciptakan Hawa sebagai penemannya di dalam syurga. Hawa juga tercipta tanpa adanya kelahiran dari seorang ibu. Hawa tercipta dengan begitu sahaja tercipta atas kehendak Allah swt.

3. Ular Tongkat Nabi Musa : 
Ular yang sangat berbisa yang bertukar dari tongkat Nabi Musa, yang memakan kesemua ular-ular ahli sihir Firaun. Ular Nabi Musa ini bukanlah ular olok-olok ataupun ular bayangan yang hanya sekadar permainan silap mata. Ular tongkat nabi Musa ini memang betul-betul ular dan ular ini tercipta begitu sahaja tanpa adanya proses kelahiran, telur dan sebagainya dari ular yang lain. Allah Maha Besar menciptakan sesuatu.

4. Unta Nabi Salleh : 
Kaum Tsamud meminta Nabi Musa menunjukkan mukjizatnya bagi membuktikan kenabiannya. Maka dengan izin Allah, terbelahlah batu karang di sisi sebuah bukit dan keluarlah seekor unta betina.

5. Kambing biri-biri / kibas dalam kisah Nabi Ibrahim : 

Nabi Ibrahim telah diperintahkan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Ketika Nabi Ibrahim sedang menarik mata pisaunya, dalam sekelip mata Nabi Ismail telah digantikan dengan kambing biri-biri oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah. Aktiviti korban yang unat Islam raikan adalah bersempena dengan kejadian ini.

Post a Comment

4 Comments

  1. O..info yang sangat berguna...terima kasih kerana berkongsi.

    http://dalilablogez.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. No. 4 tu untuk siapa sebenarnya? Tajuk Unta Nabi Salleh...cerita Nabi Musa..mohon pencerahan

    ReplyDelete
  3. Sudah dapat Harahan ustaz Masa musabaqah tadi Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Apa kepentingan untuk mengetahui perkara ini, apa sumbernya.

    ReplyDelete